Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil. 2 Feb. 2014)

Bilangan 2 Febuari 2014 Bahasa Jiwa Bangsa Berpusing roda, beralih masa berbagai neka, hidup di bumi selagi hidup berjiwa hamba pasti tetap terjajah abad Usman Awang (Puisi Jiwa Hamba) Sidang Redaksi Ketua Editor Hj. Alias Sidek Editor Hj. Abdullah Mat Nordiana Hamzah Hamdan Hj. Ahmad Hj. Aswadi Md. Amin Hj. Mohamad Roslan Ghazali PERCUMA Memperkembang Profesionalisme Melalui Penulisan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya buletin dalam talian JPM edisi ke-2 ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Masih belum terlambat untuk saya mewakili sidang editor dan Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Darulaman mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2014. Semoga tahun 2014 ini memberi lebih kejayaan dan kecemerlangan kepada semua warga Jabatan Pengajian Melayu, khasnya dan IPGK Darulaman, umumnya. Sebagai sebuah jabatan yang bervisi ‘Memantapkan Bahasa Melayu sebagai wahana ilmu ke arah pembentukan masyarakat global’, sudah menjadi tanggungjawab kita warga pendidik untuk menerbitkan hasil penulisan ilmiah dan penyelidikan agar ilmu atau penemuan tersebut dapat dikongsi bersama-sama masyarakat pendidik dan penyelidik lain. Pada tahun 2013, kita telah menerbitkan edisi sulung buletin dalam talian JPM ini dan diharapkan pada tahun ini kita dapat untuk menerbitkan buletin dalam talian JPM secara suku tahunan dengan jaya. ---------------------- Penerbitan buletin dalam talian JPM ini merupakan satu saluran kepada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu khasnya untuk menghasilkan penulisan ilmiah dan kreatif mereka. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat memperkembang profesionalisme, malah menghasilkan pensyarah yang mampu memberi sumbangan dalam bidang penulisan ilmiah dan menggalakkan penyelidikan. Melalui buletin dalam talian JPM ini, pensyarah JPM akan dapat menyumbang berita, buah fikiran, hasil kajian, analisis dan rumusan untuk dikongsi bersama-sama seluruh pendidik dan khasnya kepada warga IPG Kampus Darulaman. Sesungguhnya sumbangan ilmu dan komitmen yang ditunjukkan akan dapat menyuburkan budaya menulis dan menyelidik. Matlamat ini selaras dengan transformasi pendidikan yang menghendaki setiap warga di IPG mengamalkan penyelidikan demi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. “Suluh Ilmu Sinar Bahasa” diterbitkan secara dalam talian oleh Jabatan Pengajian Melayu, IPDA. Terbitan pertama dilancarkan pada 15 September 2013 Akhir kata, tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menerbitkan buletin dalam talian JPM edisi ke-2 ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan pensyarah di IPGK Darulaman. Reka Letak Halaman (Versi Cetak dan Dalam Talian) . Bukhari Shafie ---------------------Sumbangan bahan penulisan berkaitan bahasa, sastera dan budaya Melayu boleh dihantar melalui e-mel kepada bukhari@ipda.edu.my Ketua Editor,