Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 7

| kisah seni - aksara 1
yang kemudiannya dibincangkan bersama-sama penonton selepas tamat tayangan . Kalau mahukan bimbingan penulisan kami juga menyediakan bengkel penulisan , dan ‘ personal coaching ’ yang diberi nama SEMBANGPIS . Hujung tahun pula kami akan adakan KABO 24 JAM yang merangkumi semua aktiviti seni dan sastera yang kami lakukan sepanjang tahun . Ada banyak lagi aktiviti . Boleh dapatkan maklumat lanjut di Instagram , Facebook dan Twitter Legasi Oakheart . Atau boleh juga ke laman sesawang kami di www . legasioakheart . biz
9 . Boleh berikan kata-kata peransang dan nasihat untuk penulis muda yang mahu menceburi dunia penulisan ?
Tidak kira sama ada kita penulis atau pengarang , tulis dengan jujur dan penuh tanggungjawab . Kita tak tahu jika tulisan kita boleh mengubah seseorang atau sesuatu bangsa . Tahan sahaja kritikan atau kutukan orang tapi dalam masa yang sama lihat juga diri sendiri . Sebab penulis yang betul-betul bagus adalah penulis yang sentiasa meningkatkan mutu penulisan . Jangan malas belajar dan pergilah ke bengkel-bengkel penulisan yang disampaikan oleh orang yang benar-benar memiliki kredibiliti dalam bidang penulisan .
Itu sahaja untuk kali ini . Terima kasih Rumah Buku sebab sudi temubual Eja . Semoga jawapan Eja ini bermanfaat . Terima kasih sekali lagi .
RB : Sama-sama , kami di Rumah Buku berbesar hati kerana Eja sudi ditemubual . Semoga kejayaan meniti di Legasi Oakheart .
05