Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 4

temubual bersama

Sayidah mu ' izzah kamarul shukri

| kisah seni - aksara 1
RB : Assalammualaikum eja ... Waalaikumussalam .
1 . Boleh ceritakan sedikit latar belakang Eja tentang perjalanan hidup sebagai penulis dan penerbit ?
Eja mula menulis sejak sekolah . Mula-mula hobi . Tulis cerita untuk kawan-kawan baca . Tulis untuk majalah sekolah . Tapi pada tahun 2004 , puisi pertama disiarkan dalam majalah Dewan Siswa dan sejak itu Eja mula serius dalam bidang penulisan .
Kemudian nama Eja diusulkan oleh Nasriah Abdul Salam ( senior MPR ) kepada Faisal Tehrani untuk menyertai Minggu Penulis Remaja ( MPR ) 2007 . Alhamdulillah , Faisal Tehrani melihat potensi Eja , dan Eja terpilih untuk berguru dengan beliau selama seminggu . Banyak yang Eja belajar daripada beliau termasuklah belajar menahan kritikan tajam sebab Faisal Tehrani tak menyaring kritikan untuk sesuatu karya . Kalau tak kuat semangat , boleh jadi kita akan berhenti menulis . Tapi inilah yang akan menentukan sama ada kita akan kekal berada dalam bidang ini ataupun tidak . Eja bersyukur kerana diajar daripada kepayahan ini . Payah tau tahan telinga dan hati . Haha .
Eja juga memutuskan untuk keluar daripada jurusan undang-undang di UIA dan mendaftar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA ) dalam jurusan Penulisan Kreatif sebab ketika mencari diri , Eja banyak melompat bidang , ( dari sekolah agama , ke bidang kejuruteraan , ekonomi , dan undang-undang ) tapi Eja kemudiannya sedar hanya satu sahaja yang tak berubah dalam diri sejak budak , iaitu menulis . Dan sejak 5 tahun lepas Eja mula serius dalam penulisan kritikan , khususnya filem . Sekarang Eja bersama-sama Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur .
Perjalanan hidup sebagai penerbit pula bermula sejak tahun 2012 . Awalnya cuma sebuah rangka mimpi yang diconteng-conteng atas kertas pada tahun 2010 . Alhamdulillah , secara rasminya bermula pada 2012 sehinggalah Legasi Oakheart berusia 5 tahun sekarang . Insya-Allah , kita kental berusaha untuk terus maju dan cemerlang pada tahun-tahun seterusnya .
02