Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 3

editOr bercakap ...

Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu , semoga sentiasa didalam lindungan Tuhan .
Alhamdulillah RB ( Rumah Buku ) telah memasuki edisi ke-5 , dengan galakkan sahabat dan para admin di ruangan media sosial telegram , RB masih dikekalkan dengan beberapa pendekatan baru . Kami di RB akan cuba sebaik mungkin membawakan sedikit demi sedikit warkah seni sebagai dokumentasi dan tatapan para pembaca sekalian . Sehingga setakat ini ( 11 feb 2017 ) e-zine RB vol . 4 telah di tonton lebih dari 200 pembaca unik , ini membuatkan kami semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat anda semua .
| syuQ tOne |
26022017 yangon
‘ Aksara ’ adalah tema edisi kali ini . Aksara adalah simbol yang berperanan dalam mendokumentasikan dan mengabadikan suatu peristiwa komunikasi dalam bentuk tulis . Terdapat juga aksara dalam bentuk piktograf yang mendokumentasikan sesuatu dalam bentuk simbol . Secara mudahnya aksara adalah suatu sistem tulisan .
Pentingnya aksara-aksara ini didokumentasikan atau lebih tepat setiap perkara yang berlaku didokumentasikan dalam bentuk tulis . Seperti Muka hadapan ezine ini , hurufhuruf arab merupakan aksara yang diguna pakai selepas kemerosotan pengaruh hindu di Nusantara . Pengaruh aksara sanskrit diguna pakai sebelumnya .
Sewaktu saya bertugas di New Delhi , ada sahabat rakyat tempatan menegur apabila saya menandatangani dokumen penting menggunakan simbol ‘ aksara ’ arab dengan bertanya adakah saya boleh menulis dan berbahasa urdhu ?. Sudah tentu tidak . Mujur saya faham apa yang beliau ingin sampaikan dan menjadi tanggungjawab untuk menjelaskan bahasa kita di Nusantara satu ketika dahulu menggunakan huruf-huruf arab bernahu melayu , dan didalam urdhu pula menggunakan huruf arab bernahu urdhu .
Sudah tentu saya boleh baca tulisan urdhu walaupun merangkak mengejanya , namun maknanya tidak saya tahu . Begitulah ketika saya di Sekolah rendah , lancar sahaja baca tulisan dalam bahasa Inggeris , maknanya sepatah pun saya tidak faham .
Pengaruh aksara sangat luas dan besar dalam sejarah dokumentasi . ( panjang pula tulisan kali ini )..... :)
p / s : mohon viralkan ya edisi ini ... PERCUMA :)
01