Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 17

| kisah seni - aksara 2
8 . Adakah PeRUPA hanya tertumpu pada bidang senilukis sahaja ?
PeRupa membuka ruang kepada semua ahli untuk mengeksploitasi jenama PeRUPA . Maksudnya disini ialah ahli-ahli yang ada idea , sila kemukakan kepada Jawatankuasa apa yang mereka hendak buat . Mereka tidak boleh bergantung hanya kepada Jawatankuasa sahaja untuk memprogramkan persatuan , ahli juga diajak bersama . Sehingga kini , ada yang tampil dengan pelbagai , tidak hanya dalam bidang senilukis sahaja , kami telah pun terlibat dalam : 1 ) Penerbitan buku , 2 ) Dokumnetasi video , 3 ) Pelancongan seni , 4 ) Acara seni ( art event ), 5 ) Pendidikan Seni , 6 ) Perniagaan , 7 ) Konsultasi
9 . Apa perancangan PeRUPA pada masa hadapan ? Mencungkil bakat-bakat individu , bukan sahaja bijak berkarya tetapi berkebolehan mentadbir seni .
10 . Pada pandangan peribadi . Adakah syarikat-syarikat korporat harus lebih aktif menjalankan tanggungjawab sosial melalui seni ?
Itu berlaku suatu masa dahulu , sekarang agak kurang sedikit . Mungkin akibat kegawatan ekonomi ( ekau no money .. ha ha )
11 . Bagaimana PeRUPA mendekati masyarakat melalui seni .?
Setiap event kita jemput semua orang untuk hadir . Ada juga program yang kami buat dilapangan seperti roadshow kelas seni , dan pertandingan plein air .
12 . Apakah harapan PeRUPA pada masa hadapan ? Persatuan mampu menjana pendapatan sendiri untuk melaksanakan pelbagai program seni visual
15