Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 16

| kisah seni - aksara 2
3 . Boleh ceritakan kenangan manis yang pernah abang lalui sebagai seorang pelukis ? - Memenangi Golden Award Childrens Art Competition- Jepun 1981 - Menyertai Art Camp di Royal Belum dan berpameran di Balai Seni Visual Negara 2006 - Menyertai Art Camp di Endau Rompin dan berpameran di JB- semua karya yang dipamer habis terjual 2009 - Melawat artscene Jogja dan berpameran di Jogjakarta 2015 - Ada banyak lagi ….
4 . Mengapa melukismerupakan salah satu cabang karier yang penting ?
- Sumber pendapatan - Meredakan tekanan ( art therapy ) - Membangun tamadun - Melakar sejarah
5 . Selain melukisapakah lagi kegiatan seni yang abang lakukan ?
- Rekaan grafik - Rekaan kostum - Rekaan Set dan prop
6 . Pada pandangan abang , adakah seni tampak di Malaysia punya masa depan yang baik ?
Ya – jikalau dibantu oleh pentadbir seni dari pihak kerajaan atau swasta yang peka dan faham . Kita pun sudah ada beberapa institusi pendidikan yang melahirkan seniman seni visual - jadi masa depan tu memang ada .
7 . PeRUPA ( persatuan seni rupa Malaysia ). Sebagai Setiausaha PeRUPA boleh abang ceritakan bagaimana ia ditubuhkan dan tujuan penubuhan ?
PeRUPA ditubuhkan pada 2013 , ketika itu tiada persatuan yang aktif di Lembah Klang ini . Selepas PeRUPA ditubuhkan barulah APS bangkit kembali dari ‘ tidur ’ yang lama . Sebelum PeRUPA ditubuhkan , hampir 10 tahun di Lembah Klang sunyi dari aktiviti persatuan seni rupa .
Tujuan penubuhan ialah mengumpul kekuatan dari segi tenaga dan idea bagi melahirkan sebanyak mungkin acara seni visual supaya senario seni visual bertambah pesat dan maju .
14