Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 15

| kisah seni - aksara 2 temubual bersama

Raduan norudin ( RN )...

RB : 1 . Boleh ceritakn sedikit latar belakang abang raduan secara ringkas ?
Saya berasal dari kampung Sayong Lembah , Kuala Kangsar , Perak Bersekolah di SK Sayong , SMK Sayong , SM Clifford . Belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris- Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Seni Sambung ke Universiti Malaya- Sarjana Pengajian Melayu ( Kesenian ) Kini bertugas di Istana Budaya- Di Bahagian Senireka
2 . Bagaimana seseorang boleh digelar sebagai pelukis ? adakah mereka perlu mempunyai lukisan yang dipamerkan di galeri-galeri ?
Orang yang boleh melukis , ramai- tapi tak semestinya mereka digelar pelukis . Orang yang boleh melukis , menggunakan kemahiran melukis setiap hari- tak semestinya mereka digelar pelukis- mereka mungkin Arkitek , Pereka Kostum , Pereka landskap , Pereka Grafik , Set , Animasi , Prop dan sebagainya .
Yang menggunakan istilah pelukis , ialah mereka yang menggunakanilmu , kemahiran atau bakat melukis untuk menghasilkan lukisan-lukisan dan melalui karya tersebut mereka menjana pendapatan , tak kira samada lukisan langsung , tempahan , dipamer digaleri ataupun tidak . Pelukis- boleh jadi Pelukis Sepenuh Masa , Separuh Masa , Tiada Masa … ahaks
Pelukis sepenuh masa- hanya melukis sahaja sebagai sumber pendapatan . Pelukis separuh masa- melukis berbahagi masa antara kerjaya tetap dan hobi melukis- ( saya dikategori ini ha ha .. Pelukis Tiada Masa- Pelukis yang boleh melukis tetapi tiada masa untuk hasilkan karya .. hadoi !!
Berpameran digaleri ? Stail berpameran digaleri adalah standard yang terpakai oleh seluruh dunia . Ia boleh dijadikan penanda aras bagi seseorang pelukis . Pelukis digalakkan melibatkan diri dalam pameran di galeri samada secara solo atau berkumpulan . Pelukis yang serius wajib berpameran digaleri .
13