PEKA 2013 1. 2013 | Page 21

Aliquam varius adipiscing Pada 19 Mac, kerja- kerja mengukur muberi

Di samping itu, alatan yang digunakan juga berbeza dengan alatan ukur yang disediakan oleh FKA. Pelajar Thailand menggunakan theodolite yang lebih kompleks, berbanding dengan pelajar FKA yang menggunakan digital total station dan disebabkan itu, mereka langsung tidak menggunakan khidmat prisma sebagai sasaran sewaktu mengukur. Berikutan itu, jarak tidak dapat diukur menggunakan alat, tetapi jarak diambil secara manual menggunakan pita pengukur yang mempunyai panjang yang terhad. Sungguh pun terdapat kelainan dari segi alatan dan kaedah ukur, namun konsep yang digunapakai adalah sama dan membawa kepada hasil pemetaan yang tepat dan mengikut standard yang diluluskan. Kerja- kerja ukur yang melibatkan leveling, traversing, detailing dan mapping berjaya di siapkan dan kem ukur ini telah berjaya mencapai target yangn telah disasarkan. Peta yang lengkap telah ditandatangani oleh semua peserta pada hari penutup program iaitu 28 Mac dan satu salinan telah dihadiahkan sebagai kenang- kenangan kepada kumpulan dari setiap negara. Para peserta bertolak pulang ke tanah air pada 29 Mac.

11

Pada 17 Mac, sesi perkenalan secara santai telah diadakan olek Dr. Jakrapan di antara peserta dari Malaysia dan sebilangan kecil peserta Thailand. Setelah makan tengahari di salah sebuah restoran halal di daerah itu, para peserta di bawa bersiar- siar di kawasan universiti. Melalui pemerhatian, Mahasarakham University tidak seperti UTM yangmempunyai pengkhususan dalam bidang kejuruteraan. Mereka mempunyai satu sahaja fakulti kejuruteraan dan hanya di dalam nya sahaja terkandung bidang- bidang kejuruteraan lain dan kejuruteraan awam merupakan salah satu daripadanya. Setelah melawat sekitar kawasan universiti, para peserta di bawa Ke Duck Noodles Restaurant Mahasarakham, untuk makan malam sekaligus beramah mesra dengan peserta- peserta dari Vietnam dan Laos. Dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai pengantara, masalah komunikasi antara para peserta yang datang dari pelbagai negara ini dapat diatasi dengan baik.

Pada 19 Mac, kerja- kerja mengukur mula dijalankan. Setelah bersarapan, seawal 7.30 pagi, taklimat ringkas di beri kepada para peserta bagi memastikan kerja yang dirancang berjalan dengan baik dan akan selesai mengikut ramalan. Berbeza dengan projek sewaktu di khemah ukur anjuran UTM, International Survey Camp ini berskala lebih besar, di mana ia melibatkan lebih 10 kawasan yang akan di ukur, berbanding 2 sahaja kawasan sewaktu di khemah ukur anjuran FKA bagi tujuan pemetaan.