PEKA 2013 1. 2013 | Page 20

Wakil pelajar dari UTM terdiri daripada Ahmad Khidhir, Wan Rijalul Asraf, Ong Ying Rui, Tang Siow Ting, Nur Amirah dan Nur Syazwani, masing- masing merupakan pelajar tahun satu yang telah menghadiri dan lulus Khemah Ukur yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM pada Januari yang lalu. Para peserta telah diiringi oleh Encik Razuan Saari selaku pensyarah pengiring dan penasihat.

Perjalanan ke daerah Mahasarakham, Thailand mengambil masa yang agak panjang, dan untuk itu, para peserta dan guru pengiring bersetuju untuk memulakan perjalanan lebih awal. Pada 15 Mac 2013, jam 8 malam, para peserta telah berkumpul di fakulti untuk mendengar taklimat ringkas dari timbalan dekan, Profesor Madya.Dr.Mushairry Mustaffa berhubung kem yang bakal dihadiri dan tanggungjawab membawa nama baik universiti yang perlu dipikul oleh setiap peserta yang terlibat. Para peserta kemudiannya bertolak ke Kuala Lumpur International Airport dengan menaiki bas yang telah disediakan. Dari lapangan terbang ini, para peserta telah menaiki penerbangan THAI AIRWAYS menuju ke Bangkok dan akan menaiki transit penerbangan ke Udon Thani.

Para peserta telah selamat tiba di lapangan terbang Udon Thani pada keesokan harinya, 16 Mac iaitu sekitar 4 petang waktu Malaysia. Setibanya di Udon Thani, wakil dari Mahasarakham University iaitu Dr. Jakrapan dan Mr. Wantana telah hadir dan sedang menunggu ketibaan peserta dari Malaysia untuk dibawa ke Mahasarakham. Jarak perjalanan dari Udon Thani ke Mahasarakham dengan menaiki van adalah sekitar 2 jam.

Donec nec lorem et tellus mollis lobortis. Integer sed dolor ut leo porta mollis. Proin eu augue augue. Maecenas ipsum purus, ultricies ut hendrerit ac, imperdiet et lectus.Nulla facilisi. Proin porttitor bibendum rhon-cus. Praesent imperdiet nunc et sem dignissim elementum. Donec lobortis congue fringilla. Donec consequat or-nare sodales. Nunc posuere mattis mi, ut facilisis ligula accumsan vel. In consecte-tur accumsan diam, eget porttitor justo luctus id. Nulla porta nibh sed lacus feu-giat fringilla. Nam ut leo augue. Donec pellentesque, enim ac gravida congue, lorem velit aliquet turpis, non adipiscing mauris dui at nisi. Nulla lobortis sagittis ligula, nec tristique nisl iacu-lis a. Proin cursus mi a nunc bibendum fermentum. Integer ultricies arcu et nunc interdumid sagittis mauris pharetra. Duis elemen-tum aliquam eros, nec egestas orci laoreet eget. Nunc erat velit, aliquet non consectetur non, placerat eget sapien. Vivamus id ipsum sit amet massa consec-tetur porta. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Praesent dignissim ultrices neque. Aliquam auctor congue nunc sed interdum. Aenean sagittis grav-ida est, sit amet egestas metus venenatis non.

INTERNATIONAL SURVEY CAMP!

Pada 17-28 Mac 2013 yang lalu, sekumpulan 6 pelajar dan seorang pensyarah pengiring dari fakulti kejuruteraan awam Universiti Teknologi Malaysia telah menyertai International Survey Camp di Mahasarakham University, Thailand. Kem mengukur yang dijalankan setiap tahun ini adalah untuk kali yang ke 13 dan turut sama menjemput kumpulan pelajar dari negara asia lainnya.

Untuk kem mengukur sesi ini, selain melibatkan para pelajar jurusan kejuruteraan dari universiti mereka, pihak penganjur turut menjemput peserta dari 3 buah negara lain iaitu dari University Of Danang dari Vietnam, University Of Laos dari Laos dan Universiti Teknologi Malaysia dari Malaysia. Tujuan pihak penganjur menjemput peserta dari pelbagai negara untuk menyertai program ini adalah untuk menggalakan perkongsian ilmu dalam bidang ukur di samping dapat bertukar- tukar pendapat dan buah fikiran untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih aktif dan berkesan.

10