PEKA 2013 1. 2013 | Page 19

PROGRAM PECUTAN GEMILANG SMK SERI LALANG 2013 Pada 1 oktober 2013 yang lalu, Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA), Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang telah mengadakan Program Pecutan Gemilang SMK Seri Lalang. Program ini bertempat di Dewan Seri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn, UTM. Program ini juga telah dilaksanakan dengan jayanya selama empat hari bermula dari 1 oktober sehingga 4 oktober 2013 yang disertai oleh seramai 120 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah tersebut. Objektif program ini termasuklah membantu pelajar menguasai matapelajaran sains tulen dan Kemanusiaan dalam peperiksaan SPM 2013 selain melahirkan pelajar SMK Seri Lalang yang mempunyai prestasi cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu juga, program ini juga berharap dapat membentuk pelajar yang mempunyai daya juang dan motivasi yang tinggi untuk ke menara gading. Program ini adalah berbentuk latih tubi tundingan sebagai persiapan terakhir para pelajar sebelum menduduki peperiksaan selain menjaga hubungan baik antara PEKA dan warga SMK Seri Lalang. Antara subjek yang ditekankan termasuklah Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Sains tulen, perdagangan dan Fasilitator– fasilitator yang terlibat dalam program pecutan gemilang SPM 2013 uga prinsip perakauan. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang teridiri daripada 10 orang pelajar supaya pembelajaran dalam kumpulan lebih efektif. Pada hari pertama, latih tubi mereka tertumpu kepada subjek Fizik, Perakaunan dan Perdagangan. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut kelas dan target yang telah ditentukan oleh guru SMK Seri Lalang itu sendiri. Pada hari kedua, latih tubi mereka terdiri daripada subjek matematik tambahan dan sejarah. Latih tubi matapelajarn kimia dan Sains pula diadakan pada keesokan harinya. Matapelajaran kimia ditekankan kepada pelajar dari kelas 5A. Lati tubi mereka dijalankan di salah satu kelas di fakulti Kejuruteraan awam. Matapelajaran Sains lebih tertumpu kepada tiga kelas yang lain. Latih tubi matapelajaran Biologi dan Bahasa Melayu diteruskan pada hari terakhir. Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pelajar agar mereka lebih bersedia dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menghadapi peperiksaan SPM 2013. :) PROGRAM BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK SERI LALANG Pada ( ) Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA) telah dijemput oleh pihak SMK Seri Lalang untuk menjadi fasilitator bagi Program Bersama Fasilitator pelajar Tingkatan 3. Program ini bertujuan untuk member dorongan serta membantu para pelajar dalam pembelajaran. Para fasilitaor diminta untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan. Antara aktiviti lain termasuklah latihan dalam kumpulan yang mana mereka diminta untuk mem-