PEKA 2013 1. 2013 | Page 17

DELEGASI KEILMUAN PERSADA PERPADUAN KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Delegasi Keilmuan Persada Perpaduan Ke Universiti Malaysia Pahang, UMP adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang sering diadakan oleh Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA). Program ini bermula apabila Universiti Utara Malaysia(UUM) telah mengadakan lawatan mereka buat pertama kalinya pada tahun 2003. Dengan itu, kami mengambil inisiatif ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim bersama mahasiswa/ universiti lain. Secara amnya, program ini adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa UTM mengenai kehidupan kampus di UMP di samping memberi peluang kepada mereka untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara satu sama lain, selain dapat bertukar-tukar pendapat melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. Matlamat utama program ini dijalankan ialah untuk merapatkan tali persaudaraan sesama mahasiswa IPT. Selain itu, mahasiswa juga dapat mempelajari serta berkongsi pengalaman tentang kehidupan kampus IPT yang berlainan dan juga untuk pihak itu sendiri. Di samping itu, lawatan muhibbah ini secara tidak langsung dapat mengasah lagi idea dan pemikiran mahasiswa IPT sekiranya mereka melihat sesuatu kelainan yang ada pada IPTA lain yang mungkin tidak dimiliki di universiti mereka sendiri. Objektif :  Memperkayakan pengetahuan ahli delegasi ke UTM terhadap budaya warga UMP.  Mendedahkan ahli exco dalam komunikasi bersama golongan atasan supaya mereka lebih bersedia menghadapi dunia korporat di alam pekerjaan nanti.  Mempromosikan keunggulan PEKA UTM terhadap warga UMP.  Menambahbaikkan sistem PEKA UTM dengan mengambil contoh-contoh baik Persatuan Kejuruteraan Awam di UMP.  Memupuk sifat kerjasama diantara ahli exco global supaya lebih bersatu padu dalam membuat sebarang keputusan.