PEKA 2013 1. 2013 | Page 15

Penghargaan

Aliquam varius adipiscing Saya berharap agar majlis seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan jumlah penyertaan yang lebih ramai dan kerjasama dari banyak pihak. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, Faisal Amsyar Bin Redzuan, Muhammad Syaifuddin B Norazman, Wan Noor Fhatehah Bt Wan Yusof, Norliyana Farzana Binti Zulkefli, Muhammad Syazwan Shafiq, Maisarah Binti Rasman, Mohamad Faezal Bin Norizan, Nur Syuhada Binti Jani, Nassmin Amanda Bt Mohd Nor Azam, Mohd Faqrul Azwan Bin Mat Rapi, Muhammad Hakim Bin Hasnul, Mohamad Ikmal bin Zulkifli, Faseeha binti Mohd Rodzik, Nur Farhana bt Mohammad Basri, Mohammad Kamarul Ariffin bin Mohamad Ali, Mohamad Saiful bin Mohamad Khir, Nor Shafiyah binti Mat Ali, Safiah Zaleha bt Awaludin, Farah Syuhada binti Maadin dan ramai lagi. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala budi kalian. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian semua, in shaa Allah. Jazakallahu khairan kathira. WASSALAM.

11

Majlis telah berlangsung dari jam 6.30 petang sehingga jam 9.00 malam dan didahadiri seramai lebih kurang 150 orang pelajar fakulti kejuruteraan awam dan beberapa orang tetamu jemputan iaitu Timbalan Dekan Akademik FKA, Dr.Hanim dan imam jemputan iaitu Ustaz Ellyeen Amineen dari Pejabat Timbalan Pendaftar, UTM. Majlis bermula dengan ketibaan para tetamu pada jam 6.45 petang dan diteruskan dengan berbuka ringan (air & kurma). Selepas solat maghrib secara berjemaah, para tetamu dijemut untuk iftar perdana di Dewan KTHO.

Menu iftar pada malam tesebut adalah nasi hujan panas dimakan secara beramai-ramai dalam dulang, empat orang satu dulang. Setelah selesai iftar lebih kurang pada jam 8.15 malam, majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas dari Ustaz Ellyeen sehingga masuk waktu isyak. Setelah solat isyak berjemaah, diteruskan dengan agenda utama iaitu solat hajat berjemaah. Majlis berakhir kira-kira pada jam 9.00 malam seperti yang dijangkakan. Sebagai pengarah program saya boleh katakana majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancang.