MyPEM Magazine Vol. 3 | Page 16

oleh Pengarang: Mahfuz Jaffar

Tarikh Rakaman: 9 Jun 2014

Lokasi: Perusahan Kompang Rosdin Baki, Parit Jawa, Muar. Johor.

Tidak berseri sesuatu Majlis Perkahwinan jika tidak kedengaran paluan kompang dan gendang (rebana). Kompang walaupun biasa kedengaran pada Majlis Perkahwinan, Majlis Rasmi dan juga digunakan untuk menyorak pasukan ketika di Stadium menyaksikan perlawanan bola sepak namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana ianya diperbuat.

Kebetulan semasa cuti penggal persekolahan yang lalu, saya pulang ke kampung di Muar menyambut Majlis Perkahwinan anak buah saya. Saya sempat melawat ke kilang perusahan membuat kompang di Parit Jawa, Muar yang berhampiran dengan rumah di kampung merakamkan proses membuat kompang dengan lensa kamera saya sendiri. Alhamdulillah, saya disambut baik oleh En. Rosdin pemilik perusahan tersebut dan pekerjanya En. Tumin dan membenarkan saya merakamkan proses membuat kompang.

Seharian saya merakam sambil memerhatikan mereka membuat kerja menghasilkan kompang dari mula memotong kayu sehingga memasang kulit kambing pada bingkai kayu tersebut. Mereka begitu tekun dan cekap melakukan kerja masing-masing sehingga boleh menghasilkan 20 hingga 30 buah kompang sehari dari proses mula hingga akhir.

Penerus Tradisi Kompang