MyPEM Magazine Vol. 3 | Page 12

Kehidupan

BAJAU LAUT

oleh Pengarang: Dr. Muhammad Yamin Ismail

Satu usaha untuk menggambarkan kehidupan seharian suku Bajau Laut setelah bertandang dan menyaksikan sendiri keunikan kehidupan suku kaum ini di Pulau Mabul, Pulau Maiga dan Pulau Gusungan, Semporna, Sabah pada bulan Mei 2014.

Berdasarkan sejarah, Bajau Laut adalah sebuah kumpulan etnik Sabah yang berasal dari Filipina dan Indonesia di mana mereka tinggal di lautan, membina perahu yang juga digunakan sebagai tempat ‘penginapan’ dan kehidupan seharian bergantung kepada hasil memancing dan berdagang.

Mereka juga hidup berhampiran pantai dengan mendirikan rumah di lautan serta menjadikan bot yang dibina sebagai pengangkutan utama.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan dan mereka adalah perenang yang cekap.

Pondok atau rumah penginapan mereka dibina di atas air. Kanak-kanak dilihat gembira mendayung perahu, berenang dan bermain bersama-sama manakala golongan dewasa ke laut menangkap ikan.

Walaupun hidup di dalam kesusahan, mereka tetap bertahan dan inilah yang membuatkan kaum Bajau Laut sebuah komuniti yang menarik untuk kita pelajari kisah hidup mereka.

“Pondok atau rumah penginapan mereka dibina di atas air. Kanak-kanak dilihat gembira mendayung perahu, berenang dan bermain bersama-sama manakala golongan dewasa ke laut menangkap ikan. “