MyPEM Magazine – Vol. 2 MyPEM Magazine - Vol. 2 - Page 22

TAJUK BERMAGNET

Dalam sesuatu esei atau karangan, perkara utama dan pertama yang amat penting untuk difikirkan dalam membuat pembaca ingin terus membaca esei anda ialah TAJUK.

Acap kali, seorang pengarang tidak menekankan sangat tentang tajuk esei mereka. Tajuk sesuatu esei yang menarik akan membuatkan seseorang pembaca itu tertanya-tanya, teruja, ingin mengetahui cerita yang hendak disampaikan atau kesudahan cerita. Ditambah pula dengan sokongan foto-foto (atau sebaliknya) yang dapat menggambarkan keadaan sebenar esei tersebut.

Kadang kala, seseorang pengarang perlu juga menggunakan tajuk untuk provok si pembaca. Tajuk tidak perlu panjang tetapi cukup padat dengan penggunaan perkataan yang unik dan menarik kemudian diikuti dengan plot cerita yang menyeluruh menyentuh perkara-perkara yang hendak disampaikan oleh pengarang.

Pemilihan perkataan yang baik juga menjadi masalah. Ada masa perkataan itu tidak sesuai atau lari dari keseluruhan cerita yang hendak disampaikan. Ada masanya perkataan yang digunakan lemah atau tidak berkait langsung dengan cerita yang ditulis atau gambar yang disertakan.

Jika tajuk sesuatu esei itu kurang baik dan tidak menarik, ada kemungkinan pembaca tidak berminat untuk membaca cerita yang hendak disampaikan dengan lebih lanjut.

Sebagai contoh:

1. Kehidupan Gelandangan di Kuala Lumpur

2. Kuala Lumpur: Kota Sinar dan Harapan

3. Antara Si Kaya, Gelandangan dan Kuala Lumpur

4. Kuala Lumpur Manusia Simpati atau Ketepi

5. Kuala Lumpur Kota Jijik dan Kotor

Di atas adalah beberapa contoh tajuk esei yang boleh digunakan untuk penulisan esei menceritakan kisah gelandangan di Kuala Lumpur. Di antara tajuk tersebut yang mana satu anda fikir SESUAI dan MENARIK? atau ada tajuk lain yang lebih baik MENEPATI keseluruhan plot cerita...?

"A title creates anticipation and expectation or perhaps, disinterest."