Minibooklet | Page 4

PENGENALAN ► Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) adalah sebuah gerakan Islam yang dinamik, sederhana dan progresif, yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. ► Isma mendukung dan menyebarkan kefahaman Islam yang sahih kepada segenap lapisan masyarakat, menggunakan metodologi kerja yang jelas, mengutamakan pembinaan dan penyusunan ahli yang rapi serta kerja berpasukan yang berterusan dan professional. ► Program-program Isma merangkumi bidang-bidang pembangunan sumber manusia, kenegaraan, kebajikan sosial, pemantapan keluarga dan masyarakat, aktivisme wanita, pengupayaan belia, bimbingan remaja dan pemerkasaan ekonomi. ► Isma mengambil tanggungjawab untuk memperkukuhkan kepimpinan umat Islam di Malaysia, terutamanya orang-orang Melayu disebabkan kedudukan strategik dalam Perlembagaan, bagi memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan terjamin dan tidak mampu dicabar. ► Oleh itu, Isma sentiasa komited untuk menghidupkan bangsa Melayu dengan Islam, agar mampu berperanan sebagai bangsa tonggak kepada gagasan Islam di Malaysia. ► Ahli-ahli Isma terdiri daripada pelbagai latar belakang, kerjaya dan kepakaran. Majoriti ahli merupakan golongan muda yang komited dan berdaya maju. Sebahagiannya merupakan tokoh-tokoh dalam bidang-bidang strategik seperti pengajian Islam, kewangan Islam, keusahawanan, kejuruteraan, sains dan teknologi, pendidikan, perubatan dan sebagainya. ► Sehingga kini, terdapat lebih 35 buah cawangan Isma berdaftar di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Isma juga memiliki 11 cawangan di luar negara, seperti di Mesir, Australia, United Kingdom, New Zealand, USA, Ireland, Jepun, Korea Selatan, India, Jordan dan Arab Saudi. 2