Minibooklet | Page 2

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ► Isma memperjuangkan perjuangan Melayu atas dasar dan prinsip Islam, bukan asabiah taksub, kebodohan dan sempit. ► Isma menolak asabiah bangsa yang memecah-belahkan sesama umat Islam. Itu tidak berlaku di Malaysia. ► Sebagaimana Isma juga menolak fahaman yang merasiskan perjuangan bangsa atas dasar humanisme sekular Barat. ► Isma memperjuangkan nasionalisme Melayu atas prinsip-prinsip Islam yang menganjurkan fahaman pertengahan dan sederhana. ► Isma memperjuangkan nasionalisme Melayu kerana ia adalah tangga kepada penegakan negara dan tamadun Islam di Malaysia sebagaimana telah tertegak satu masa dulu. ► Isma juga mempertahankan nasionalisme kedaulatan negara dan kebebasan dasar berasaskan kepentingan nasional. ► Isma tidak mahu politik dan pentadbiran negara berkiblat kepada kuasa asing atau kepentingan kapitalis antarabangsa yang memang mahu menghancurkan kepentingan agama bangsa dan negara.