Minibooklet | Page 12

orang kurang upaya, fakir miskin dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka. Selain itu, Yayasan Ikhlas juga bertujuan memberi biasisiwa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia. Projek-projek Yayasan Ikhlas yang semakin mendapat sambutan dijangka dapat membantu umat Islam mendepani cabaran hidup yang semakin getir. ► Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kelab Remaja ISMA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk memandu, menggilap dan mengembangkan segala aspek potensi dan bakat yang ada dalam diri remaja. Penglibatan sepenuhnya dalam KRIM mampu menghindarkan para remaja daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dalam kancah permasalahan sosial. Ini memenuhi aspirasi ibubapa dan masyarakat yang mahu melihat pembentukan sebuah generasi remaja yang cemerlang, berpegang teguh pada nilai-nilai agama, hidup berteraskan ilmu dan mampu berdikari. Inisiatif Isma menangani isu remaja dengan pelbagai program pembangunan diri melalui KRIM semakin mendapat sambutan hebat di seluruh pelusuk negara kerana ia sememangnya perkara yang amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa. ► Pusat Kecemerlangan UMMAH (PACU) Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti yang menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. PACU juga menyantuni golongan anak yatim, muallaf, fakir miskin melalui empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), i-Backyard Science (IBS) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU). 10