Minibooklet | Page 10

penjelasan umum dan penerangan pada masyarakat mengenai kepada masyarakat umum mengenai isu-isu semasa dari pandangan syarak. Kedudukan Isma selaku gan syarak. Kedudukan Ismasudut selaku pertubuhan yangblok tidak berpihak kepada mana-mana blok politik k kepada mana-mana politik memberikan kelebihan sebagai tempat rujuk hukum syarak sebagaikepartian, tempat rujuk hukum syarak bagi seluruhpandangan masyarakatpolitik tanpa mengira latar belakang pandangan politik ngira latar belakang masing-masing. ► Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) PEMBINA ditubuhkan pada September 2006, berdaftar dengan Pendaftar Persatuan Belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan. PEMBINA telah mempunyai 23 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk penggemblengan tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun sahsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. ► Koperasi Professional Ikatan Muslimin Malaysia (KOPRESS) KOPRESS, yang didaftarkan pada 19 Januari 2009 untuk beroperasi di seluruh Malaysia, bercita-cita menjadi salah sebuah koperasi terbesar di Malaysia. KOPRESS lahir daripada KOPRESS kehendak ahli-ahli Isma bagi menjana ekonomi anggotanya serta masyarakat. Objektif utama KOPRESS adalah untuk mengurus kepentingan ekonomi anggota dengan cekap dan berkesan, melalui aktiviti-aktiviti pelaburan, penyimpanan dan kebajikan bagi anggota. Isma yakin bahawa koperasi merupakan kaedah terbaik untuk membangunkan kekuatan ekonomi orang-orang Melayu agar mampu bersaing demi mendapatkan kembali kedaulatan ekonomi umat Islam di tanahair ini. 8