Ingenieur Vol 68 Oct-Dec 2016 | Page 60

‟ INGENIEUR Dengan termeterainya MoU ini, UniKL boleh mengemukakan permohonan graduan kejuruteraan yang telah diluluskan oleh Senat, secara berkelompok kepada Lembaga Jurutera Malaysia untuk diproses dengan lebih pantas dan berkesan tanpa menunggu tarikh konvokesyen. berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia bagi membolehkan mereka bekerja sebagai Jurutera dan Teknologis Kejuruteraan dan seterusnya memberi perkhidmatan kejuruteraan kepada mana-mana orang perseorangan, agensi kerajaan, syarikat atau organisasi. Lembaga Jurutera Malaysia mengambil maklum bahawa salah satu kayu pengukur bagi mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara maju adalah nisbah jurutera kepada populasi negara itu. Bagi negara maju, nisbahnya adalah di dalam lingkungan 1 jurutera dengan 100 penduduk. Terkini, nisbah di Malaysia mengikut bilangan jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia ialah 1 jurutera dengan 300 penduduk. Diharap MoU ini mampu merapatkan jurang nisbah tersebut. Saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh UniKL dan mengucapkan syabas kepada pengurusan UniKL sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang pertama menjayakan program pendaftaran graduan terknologis kejuruteraan secara berkelompok dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Adalah menjadi hasrat Lembaga Jurutera Malaysia memastikan program-program ijazah teknologi kejuruteraan diiktiraf di persada antarabangsa. Malaysia, melalui Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC), telah membuat permohonan rasmi pada awal tahun 2016 bagi menjadi Penandatangan kepada Persefahaman Sydney (Sydney Accord) dan Persefahaman Dublin (Dublin Accord). Persefahaman Sydney dan Dublin adalah dua buah persefahaman antarabangsa yang menjalankan penetapan standard dunia bagi pengakreditasian ijazah teknologi kejuruteraan dan juruteknik kejuruteraan. Persefahaman ini mengiktiraf program ijazah di setiap negara penandatangan sebagai sama taraf dan 6 58 VOL - DECEMBER 2016 VOL68 55OCTOBER JUNE 2013 menyarankan bahawa graduan berkenaan di setiap negara penandatangan diiktiraf oleh negara-negara lain sebagai memenuhi kelayakan akademik yang ditetapkan dan layak untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan di manamana negara ahli penandatangan. Sehingga hari ini, terdapat 10 negaranegara penandatangan Persefahaman Sydney termasuklah Australia, Kanada, Chinese Taipei, Hong Kong, Ireland, Korea, New Zealand, Afrika Selatan, United Kingdom dan USA. Manakala Persefahaman Dublin pula dianggotai oleh lapan negara iaitu Australia, Kanada, Ireland, Korea, New Zealand, Afrika Selatan, United Kingdom dan USA. Penyertaan dalam kedua-dua persefahaman ini akan melengkapkan keahlian Malaysia dalam Pakatan Kejuruteraan Antarabangsa ataupun International Engineering Alliance di mana Malaysia telah menjadi Penandatangan Persefahaman Washington sejak tahun 2009 bagi memastikan kualiti pendidikan dalam profesyen kejuruteraan adalah setaraf dengan yang terbaik di dunia. Sehubungan itu, saya menyarankan UniKL khasnya dan universiti-universiti lain amnya, untuk bersama-sama dengan Lembaga Jurutera Malaysia menyediakan graduan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di arena antarabangsa. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur UniKL dan Lembaga Jurutera Malaysia di atas sumbangan berharga mereka dalam memastikan kejayaan MoU hari ini. Saya berdoa agar kerjasama antara UniKL dan Lembaga Jurutera Malaysia ini akan menjadi suatu usaha yang berjaya dan gemilang serta diberkati Allah SWT. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.