d'ARENA | Page 6

Pengurus Kontinjen SMK Penghulu Saat Pn. Hasniza bt. Hasnan berkata, SMKPS telah membawa 58 atlet dan 10 guru didalam arena ini. Setakat ini mereka telah memperolehi satu gangsa dalam acara rejam lembing L18. Kesihatan atlet-atlet sentiasa di pantau dan diingatkan supaya minum air yang secukupnya. Dari segi sistem pembesar suara pula amat memuaskan. Motto pada kali ini ialah ‘Sederap Buru Kejayaan Penuh Semangat’.. sekian terima kasih

Pengurus Kontinjen SMK Yong Peng En. Saiful b. Mustafa berkata, keadaan di stadium UTHM amat baik dan memuaskan dari kemudahan yang sedia ada serta boleh dijadikan sebagai acara kejohanan MSSD pada setiap tahun. Setakat ini kontinjen SMK Yong Peng belum lagi meraih sebarang pingat dan akan berusaha lebih gigih lagi, kata beliau lagi yang membawa 25 atlet dan lima orang guru ke arena ini

Pengurus kontinjen SMK Suria Perdana En. Mohd Hafiz b. Tukiman berkata, beliau sangat berpuas hati dengan kerjasama semua jawatankuasa dan atlet dapat memberi impak yang besar kepada peringkat MSSJ nanti. Semua atlet dalam keadaan sihat sejahtera. Motto SMK Suri Perdana ialah ‘Bersatu, Berusaha, Berjaya’ tambah beliau yang membawa 18 atlet dan mendapat satu pingat gangsa dalam acara lompat jauh.

APA KATA MEREKA...