d'ARENA | Page 3

MSSD KE-48 MELAKAR SEJARAH

Majlis tersebut dimulakan dengan sambutan paluan kompang oleh pelajar-pelajar dari SMK Permata Jaya seramai 15 orang. Acara lintas hormat dimulakan dengan seramai 48 orang pengakap laut yang membawa bendera Malaysia dan Johor. Ia melambangkan 48 tahun kejohanan Balapan dan Padang.

Sebanyak 48 kontinjen mengambil bahagian. 34 kontinjen terdiri daripada sekolah menengah manakala 8 MSSC turut mengambil bahagian.

Acara gilang gemilang ini dimulakan dengan nyanyian lagu bangsa Johor. Dalam majlis tersebut YB dato' Noraini mengucapkan tahniah kepada semua atlit kerana walaupun cuaca panas terik tetap berusaha meneruskan cabaran.

Dalam Pada itu Tuan Pegawai Pendidikan daerah Batu Pahat, En Ab Rahim b Lamin melahirkan rasa syukur dan menyatakan inovasi yang dibuat oleh MSSD Batu Pahat iaitu penghasilan e-buletin dan buku program online.

l