d'ARENA | Page 7

APA KATA MEREKA ?

Pengurus kontinjen SMK (P) Temenggung Ibrahim En. Mohd Faizal b. Hassan berkata, beliau amat berasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi tiga pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa didalam arena yang berprestij ini. Tambah beliau, suasana persekitaran sangat bersih dan meriah dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Motto TIGS ialah ‘Fokus dan Bersungguh-sungguh’, kata beliau yang membawa 44 atlet dan tiga orang guru ke stadium UTHM.

Pengurus Sekolah Menengah Sains Batu Pahat En. Mohd Halim b. Mohd Dom berkata, beliau menyatakan semua atlet dalam keadaan sihat walaupun cuaca ada sedikit panas. Tambah beliau lagi, plastik sampah hitam belum diletak pada setiap tiang seperti awal pagi semalam, ini menyukarkan kita untuk membuang sampah-sarap. Beliau bersama 44 atlet dan tiga guru pengiring telah berjaya merangkul satu pingat perak. Motto pada kali ini iaitu ‘Pantas, Lincah, dan Bermegah-megah’, tambah beliau lagi.

Pengurus kontinjen SMK Dato Sulaiman En. Mohd Zailaini b. Asrah berkata, setakat ini syukur alhamdulilah sekolah beliau telah merangkul satu pingat emas, dua pingat perak dan tiga gangsa. Apa yang penting sekali semua atlet dalam keadaan sihat dan sejahtera tiada strok haba dan bekalan air mencukupi bagi setiap atlet. Arena pada amat baik mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan sistematik. Motto pada kali ini ialah ‘MELETOP!!!’