d'ARENA | Page 7

3

aPA kATA MEREKA?

MSSD

KE 48

BATU PAHAT

JK Minuman Pegawai dan Minuman En. Omar berkata, beliau berpuas hati dengan kerjasama semua jawatankuasa dan atlet kerana sudi menjamah makanan dan minuman yang telah disediakan oleh beliau dan hampir kesemua makanan dan minuman telah habis diagih kepada semua orang. Alhamdulilah.

JK Pertolongan Cemas En. Mohd Noor Fikri b. Zool berkata, beliau bersama anggota yang lain telah menjalankan tugas dengan professional mungkin bagi memastikan para atlet sentiasa mendapat rawatan yang terbaik. Sehingga kini, hanya terdapat kecederaan ringan sahaja dan atlet masih lagi meneruskan lagi acara mereka. Beliau juga berharap agar semua atlet dapat menjaga diri mereka semasa melakukan aktiviti di padang.

JK Unit Keselamatan dan Lalu Lintas En. Mohd Latiffi b. Latin berkata, beliau bersama sembilan pelajar(kadet Polis) telah menjaga pintu masuk stadium dan parking disekitar stadium. Setakat ini, keadaan parking agar padat sedikit walaupun tempat parking khas telah disediakan untuk mereka mereka yang terlibat dengan kejohanan ini. Selain itu, terdapat penumpang yang masuk parking dalam stadium yang memerlukan pas khas. Walau bagaimanapun keadaan ini masih dalam terkawal oleh kadet polis. Sekian terima kasih..