d'ARENA | Page 6

2

Tn. Hj. Mohd. Zaim b. Hj. Mohd Dewa

Pn. Cik Kamariah bte. Che Yahya

Pengurus Kolej Vokasional Batu Pahat Tn. Hj. Mohd. Zaim b. Hj. Mohd Dewa berkata, beliau sangat bersyukur kerana buat kali ke-3 MSSD berlangsung di Stadium UTHM yang begitu strategik untuk acara balapan dan padang. Beliau bersama 18 atlet telah merangkul dua gangsa dan satu perak dalam acara lontar peluru. Motto KVBP ialah ‘Go! For Gold!!’

Jurulatih SMK Dato Syed Esa BP Pn. Cik Kamariah bte. Che Yahya berkata, beliau bersama 65 atlet dan lapan jurulatih yakin dengan usaha akan membuahkan kejayaan dimana pada hari ini mereka sudah merangkul tiga pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa. Dengan motto yang begitu bersemangat iaitu ‘One School, One Dream’ dan Satu Atlet Satu Emas’. Walaupun ada sedikit masalah berlaku ianya tidak mematahkan semangat para atlet mereka untuk terus berjuang.

Pengurus Kontinjen SMK Dato Seth Yong Peng En. Md. Yasin b. Salleh berkata, beliau dengan kekuatan 43 atlet telah memperolehi satu pingat Perak dalam acara Lompat Jauh dan kesemua atlet dalam keadaan baik dan sihat dalam menjalani arena ini. Beliau juga berpendapat kejohanan ini amat memberangsangkan dan sangat baik kerana dengan kelengkapan yang ada di Stadium UTHM ini. Syabas!

En. Md. Yasin b. Salleh

myMagazine/January, 2012