d'ARENA | Page 5

Beliau melihat kini semua pihak terutama pengetua dan guru-guru serta komuniti yang lain turut memberi sokongan pada kejohanan ini, ini adalah sikap yang baik sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Bagi beliau untuk mencapai kejayaan bukan mudah seperti yang disangkakan dan sikap tabah serta cekal perlu ada pada setiap individu agar sukan ini akan menjadi aset penting bagi sekolah, daerah, negeri dan negara bagi memajukan sukan bukan sahaja untuk kejayaan malah untuk kesihatan pada kita yang bersukan.

Untuk rekod beliau pernah bergiat aktif dalam sukan pada tahun 1977 iaitu acara lompat tinggi(High Jump) yang bermula di bangku sekolah, MSSD, MSSJ dan seterusnya menjadi wakil Negara Malaysia di beberapa Sukan Sea.

Tn. Hj. Thalatha juga seorang yang aktif di UTM pada ketika dahulu. Motto yang menjadi semangat kepadanya ialah ‘Be the Best’ maknanya terbaik di sekolah, daerah, negeri, negara serta terbaik dunia, tegas beliau lagi. Sekian, terima kasih.

"Be the Best"