D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 6

Lantunan suara yang sering bergema dalam setiap kejohanan MSSD Batu Pahat sepanjang tempoh 28 tahun ini akan menamatkan tugasnya selaku Ketua Pengacara tahun ini. Puan Salmiah binti Daud dari SMK Datin Onn Jaafar ini telah melaksanakan tanggungjawab beliau dengan penuh dedikasi. Beliau telah berkhidmat sejak kejohanan MSSD ini diadakan di Stadium Batu Pahat dan kini di Stadium UTHM.

Beliau memulakan karier ini sejak berpindah ke negeri Johor, suara beliau yang sedap didengar dan sering menerima pujian ini dikatakan boleh menjadi pengacara, akhirnya beliau mencuba dan tertarik. Harapan beliau dalam kejohanan sukan kali ini agar pengurusan kali ini kekal lancar dan berharap perubahan yang lebih banyak di kejohanan yang akan datang. Kata-kata semangat beliau kepada seluruh atlet “berjuanglah berhabis-habisan selagi mampu”.

Pelapis harapan dalam bidang ini yang bertugas sebagai pembantu pengacara dari SMK Tunku Putra, Muhammad Habil dan Edison serta Min Xiang dari SMK Datin Onn Jaafar juga meluahkan rasa gembira kerana menerima bimbingan dan dorongan serta dapat mengutip pengalaman yang berharga dari guru yang berpengalaman tersebut. Mereka berharap pasukan sekolah masing-masing dapat mengecapi kemenangan pada tahun ini. “Majulah sukan untuk negara” adalah kata-kata semangat daripada mereka kepada para atlet yang berjuang di balapan dan padang pada kejohanan kali ini !

e

TAHUN TERAKHIR SUARA EMAS