D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 2

Lensa Pagi

Hari ini penulis tidak singgah ke sekolah. Lebih kurang pukul 7.15 pagi penulis telah pun sampai di stadium UTHM. Indah sekali pemandangan pagi ciptaan Ilahi. Terima kasih Ya Allah menganugerahkan pemandangan yang cantik. Cuaca indah, matahari mula memancarkan cahaya. Udara pagi terasa nyaman.

Sampai sahaja penulis terus mencari tempat parkir. Kelihatan masih kosong dan terpinga-pinga ingin letak kereta di mana. Sebelum masuk tadi ternampak dua susuk tubuh yang sedia menanti kehadiran kereta-kereta untuk dipandu arah... Cikgu Khalid dan Cikgu Saiful dari SMK Dato Seth.

Usai meletakkan kereta, penulis lantas menyapa dan berbual dengan mereka. Menurut mereka sudah dua tahun mereka menjadi AJK Parkir Kereta. Besar betul pengorbanan mereka... sampai lebih awal untuk memastikan tugas yang diamanahkan berjalan dengan baik. Namun kelihatan juga ada yang masih meletakkan kereta di bahu-bahu jalan. Hai manusia…

Tepat pukul 7.30 pagi, juruacara mula mengambil tempat dan mengalu-alukan kehadiran atlet dan pegawai. Pembantu padang dari SMS Batu Pahat mula mengambil tempat setelah mendengar taklimat dari guru mereka. Tahniah buat kedua-dua bahagian. Mari mengejar pingat dihari kedua.