D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 3

stadium uthm menjadi saksi

Stadium UTHM Batu Pahat sekali lagi dipilih untuk menjadi tempat berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat kali ke-50.

Kemudahan lengkap yang disediakan oleh pihak UTHM seperti trek larian, trek lompat jauh, trek melontar peluru dan lain-lain menjadi sebab utama UTHM dipilih sekali lagi untuk menjadi saksi temasya sukan MSSD Batu Pahat kali ke-50.

Sebagai sebuah universiti premier dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memang memberi penekanan yang serius dalam aspek pembinaan dan usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur serta prasarana universiti bagi memastikan kemudahan pembelajaran dan pengajaran di universiti di tahap yang terbaik.

Justeru tidak hairan kelebihan yang dimiliki ini boleh dikongsi bersama institusi lain yang amat memerlukan, termasuk kejohanan yang menjadi tonggak kemajuan sukan daerah Batu Pahat ini.